Friday, March 30, 2012

NOVEL : SUAMI YANG KUBENCI


Sinopsis dia lebih kurang macam ni :

Hannah Maryam , CEO syarikat hartanah terpaksa kawin dengan Uwais Ukasyah ,seorang penjual burger hanya sebab nakkan jawatan CEO dia tu . Masing-masing tak kenal antara satu sama lain and tiba2 kena kawin pulak kan . Asyik gaduh manja tiap-tiap hari . tapi biasalah kan ,manada novel yang last2 hero ngan heroin berpisah . Last-last baik jugak . tapi aku paling suka part Hannah kena kuarantin kat rumah mak mertua dia untuk belajar masak semua tu . kiranya nak jadi isteri yang berpakej lengkap lah gitu . Then , ada malam tu Uwais panjat tingkap bilik semata-mata nak jumpa bini dia , ohh how sweet :')

Banyak lagi part-part yang best dalam novel ni , tapi kalau nak tau pi lah beli kan ;) Rugi kalau tak beli . hoho . Aku dah lama usha novel ni kat penulisan2u , tapi bila pergi Popular or MPH , mesti dah takde . So semalam bila pergi jusco maluri tak sah kalau tak masuk MPH , anddddd aku jumpa dah buku n . Tak tunggu lama aku terus sambar dengan buku SEBENARNYA AKU ISTERI DIA . Kalau yang ni tunggu aku habis baca baru boleh buat summary ye adik-adik :)

p/s : Walaupun sekarang ni dah berlambak-lambak novel yang cerita dia pasal kena kahwin paksa la , and macam lebih kurang je cerita dia , tapi jalan cerita setiap novel tetap berlainan ;)

Old ya intro



Aku pun tak taulah tang mana extra ordinary nya . yang aku tau extra spare tyre adalah ==' Okay , first intro aku dah merepek . *jangan peduli . Seperti yang tertera kat SOMETHING HERE kat tepi tu , aku ada cakap aku buat blog ni khas untuk review novel-novel yang aku dah baca . Kiranya macam aku nak sharelah dengan siapa2 yang sudi dan gemar baca novel ni , macam pengulas novel lah senang cerita . haha , rajin tak rajin aku ni . Disebabkan itulah post-post lama dari blog ni aku delete sebab nak sesuaikan dengan tujuan aku buat blog kedua ni . Even aku tau kerja mengeshare novel yang aku dah baca ni macam buang masa pada korang , tapi takpelah , yang penting aku happy :) And even takkan dapat award PENGULAS NOVEL TERBAIK , ada aku kisah ke jah ? Okay kalau tak suka boleh close tab ni and kalau suka rajin-rajinlah comment ye *padahal takde followers pun . Ehek ehek