Sunday, April 1, 2012

NOVEL : SEBENARNYA , SAYA ISTERI DIA !






Hola people ! Assalamualaikum . Okay , ni nak cerita pasal novel Sebenarnya , Saya Isteri Dia ! Buku ni tebal la jugak . Antara banyak-banyak koleksi novel kat rumah , rasanya novel ni lah yang paling tebal . Sinopsis dia yang aku copy kat Kelab Peminat Novel di Le'Fesbuk , lebih kurang camni lah :

Cinta pertama tak semestinya bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama . Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dan Farish Adryan . Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri mereka .

Cadangan ibu Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia . Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah .

Korang rasa apa ending dia ? Mestilah bahagia jugak kan . Jaranglah ada novel yang hero-heroin dia cerai-berai . Aku agak suka novel ni even tema dia KAHWIN PAKSA jugak . Jalan penceritaan tetap berbeza dengan novel lain walaupun seakan-akan sama . Adatlah tu kan . Cuma satu , nama watak hero , Firash Arshad tu lebih kurang je dengan nama watak abang dia , Farish Adryan , menyebabkan tersasul-sasul semasa membaca . Agak memerlukan masa tambahan nak mencerna watak apa penulis ni tengah cerita . Apa pun , novel ni quite okaylah :)

NOVEL : KOPI SUSU SEPATU BIRU



Seriously aku menyesal beli buku ni . Sorry , Ruby Hazri . Bukan nak hina karya awak tapi kite dah bazirkan duit kite beli buku ni . First time baca sinopsis kat belakang buku tu memang macam menarik . Pergaduhan , pertengkaran antara dua jiran yang lama-lama menumbuhkan bibit-bibit cinta (ewah bahasa nak puitis ==') . Then aku tengok cover dia , perghhh, macam buku cerita kanak-kanak yang penuh tauladan macam yang berlambak kat library tu . Aku dah lain macam , rasa macam , errr nak beli ke tak ye buku ni ? Ce korang tengok , sama kan ? Tapi aku sedapkan hati dan berpegang pada " DON'T JUDGE A BOOK BY IT'S COVER " . Tapi bila balik , and aku baca sikit memang sebenarnya perlulah jugak nak tengok cover sesuatu buku tu cantik ke tak sebelum beli . At least kalau cerita tak sedap pun , sedaplah mata nak memandang novel tu pun ==' , sebab cara penceritaan buku ni langsung tak menarik hati aku untuk teruskan pembacaan . Ni pada pendapat aku lah . Jangan pulak lepas ni peminat karya Ruby Hazri serang aku pakai lesung batu sebab kritik buku ni . SORRY :D